Nama beliau adalah En. Andasang Bin Tampis. Beliau bertugas sebagai pengawal keselamatan di SK Tilis. Beliau adalah salah seorang ibu bapa SK Tilis yang amat komited kepada tugasnya. Beliau membantu pelajar dan guru-guru dalam melakukan kerja gotong-royong dan menjayakan aktiviti sekolah. Beliau juga berbakat membuat rekacipta daripada bahan-bahan terbuang yang dijadikan bahan pembelajaran di SK Tilis. Jasa beliau pada SK Tilis amat bernilai. Selain daripada pandai merekacipta beliau mempunyai kemahiran membuat pondok, rumah, perpaipan dan pendawaian elektrik. Terima kasih En. Andasang Tampis jasamu dikenang.
SK Tilis Adalah Sebuah Sekolah Pedalaman Yang Memberikan Pendidikan Kepada Suku Kaum Murut Tenom. Tahniah dan Sekalung Penghargaan Kepada: Guru Besar En. Matias Thomas. Guru-guru, Staf KTBM, Murid-Murid, Ibu-Bapa Dan Semua Individu Yang Bekerjasama Melibatkan Diri Dalam Menjayakan Blog SK Tilis Tenom Sabah. Semoga Tahun 2018 Menjadikan SK Tilis Sekolah Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang Di Mata Dunia.
SK TILIS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment