SK TILIS

SK TILIS
SK TILIS, WDT 34, 89909 TENOM SABAH

Sunday, November 24, 2013

Daerah Tenom

Pelancongan

Tenom kini telah dan sedang menjadi salah satu destinasi pelancongan di Negeri Sabah yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri seperti berikut:

Taman Pertanian

Terletak di Lagud Sebrang, 12 kilometer dari Pekan Tenom dan 212 km dari Kota Kinabalu. Disini terdapat Muzium Tanaman Hidup, Taman Orkid dan Lebah Madu.

Muzium Taman Hidup

Muzium ini terletak didalam kawasan Pusat Penyelidikan Pertanian Lagud Seberang. Disini anda akan dapat melihat pelbagai jenis tanaman yang mempunyai nilai serta kegunaan dalam pertanian dan perindustrian. Muzium yang mempunyai keluasan 8 ekar dan mempunyai lebih kurang 400 jenis tanaman. Para pelawat akan berpeluang melihat pelbagai tanaman yang telahpun dibahagikan mengikut kegunaan seperti sayur-sayuran, rempah-ratus, buah-buahan, tanaman minuman, wangi-wangian dan sebagainya.

Lain-lain tanaman liar dari hutan yang didapati ialah Timakon, Peruput, Dabai, Kembayau, Kesusu, Sentul, Mengkudu dan Mundu. Manakala tanaman yang diperkenalkan Buah Ajaib ( Sybespalum dulcificum) Ice Cream ( Inga.sp)Abiu ( Pouteria Caimito ), Canisted ( Pouteria campechiana ) Sekiranya anda bernasib baik, anda dapat melihat tanaman ini berbuah dan seterusnya merasa buah tersebut. Pastinya kepelbagaian tanaman dimusim ini akan menarik perhatian setiap pengunjung. Kadar bayaran masuk ke Muzium Tanaman Hidup akan dikenakan bagi orang dewasa RM5.00, Pelajar Sekolah Menengah RM3.00 dan murid Sekolah Rendah RM2.00


Taman Orkid

Kawasan ini seluas 2 ekar telah mendapat perhatian dimata dunia terutama sekali pakar-pakar dan orang ramai dari dalam dan luar Negara. Adalah didapati bahawa Borneo mempunyai lebih 3,000 spesis orkid liar dan daripada jumlah tersebut 2,000 spesis terdapat di Negeri Sabah. Setakat ini Taman Orkid telah mengumpulkan sejumlah lebih 500 spesis orkid liar kawasan tanah rendah.

Ternakan Lebah Madu

Terletak didalam kawasan Taman Pertanian dan mempunyai tiga unit utama iaitu Apiari Stok Koloni, Apiari Penyelidikan dan Apiari Komersial. Projek ini dimulakan pada tahun 1987. Apa yang menarik ialah di Stesen ini ia boleh menunjukkan 06 spesis lebah madu daripada 07 spesis yang terdapat di dunia. Projek ini satu-satunya Stesen di Asia dan malah diseluruh dunia dimana boleh memperlihatkan 06 spesis lebah madu didalam satu kawasan lapangan penyelidikan.

Di Stesen ini bukan sahaja dapat menyediakan perkhidmatan pelbagai sumber maklumat mengenai penternakan lebah madu tetapi pelbagai kemudahan lain.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi: Pengurus Taman Pertanian Sabah WDT 28, 89907 TENOM, SABAH, MALAYSIA Tel: 087-737952 No Faks 087-737571


STESEN JANAKUASA HIDRO ELEKTRIK TENOM PANGI

Terletak di hulu lurah Tenom - Pangi kira-kira 10 km dari Pekan Tenom dan 215km dari Kota Kinabalu. Tapak ini boleh dihubungi dengan kereta ataupun keretapi. Projek Hidro Tenom Pangi ini adalah jenis 'run-of-river' yakni air sungai dialih alirannya melalui terowong supaya ada tekanan di hujung terowong itu kemudiannya disalurkan melalui empaisir keluli ke turbin untuk menjana tenaga eletrik.

Tenaga yang diperolehi dihantar ke bandar-bandar utama di Pantai Barat dan Pedalaman Negeri Sabah. Pada masa ini kawasan-kawasan yang menerima bekalan ialah Tenom, Beaufort, Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Keningau. Hidro Tenom Pangie ini berupaya menjana 66Megawat kuasa elektrik.


Pusat Kebudayaan Murut Sabah

Pusat Kebudayaan Murut Sabah ini terletak di Kampung Inalisan Pulong kira kira 13 km dari Pekan Tenom dan mempunyai keluasan 33 ekar. Bangunan ini menelan belanja RM8 juta dan telah dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996 dan mula beroperasi pada 02 Januari 1998.

Bangunan utama Pusat Kebudayaan Murut Sabah Tenom berfungsi sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran, pameran dan persembahan kebudayaan dan kesenian, kedai kraftangan
Kemudahan yang terdapat di Pusat Kebudayaan Murut ini ialah Kantin, Bilik Hiburan, Bilik Rehat, Bilik Perbincangan, Dewan Persembahan yang boleh memuatkan lebih kurang 1,000 orang. Bilik Persalinan, 04 buah Dewan Pameran,06 buah Dewan pertunjukan untuk menganyam dan pertukangan.


BATU BERUKIR

Batu Berukir terletak 64km di Kampung Bekuku, Ulu Tomani 64 km dari Pekan Tenom. Perjalanan ke sini akan mengambil masa 1 jam 30 minit dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda. Pelawat akan berjalan kaki selama lebih kurang 40 minit melalui bendang/sawah dan anak bukit. Untuk mengikuti cerita Lagenda Tujuh Beradik Berukir para pelawat boleh membuat temujanji dengan Ketua Kampung tersebut.


AIR TERJUN

Di Tenom terdapat beberapa buah air terjun tempat berkelah iaitu Air Terjun Kalang, Air Terjun Amboi, Sapong dan Baru Jumpa. Perjalanan ke Air Terjun ini memakan masa 20 minit hingga 1 jam berjalan kaki untuk sampai. Kepuasan dan keseronokan ditambah lagi apabila dapat menikmati air bersih, segar dan nyaman serta hutan tropika asli.

Selain daripada air terjun terdapat beberapa tempat yang mempunyai tarikan pelancong seperti di Sungai Biah di Ladang Sapong dimana terdapat Tanah Pinsi yang mempunyai lagendanya yang tersendiri. Perjalanan ke Tanah Pinsi ini mengambil masa lebih kurang 15 dari Air Terjun Sapong. 
 

 


PETA MENUNJUKAN KAWASANPARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI [ Peta daerah Tenom secara ringkas menunjukan kawasan PARLIMEN dan ADUN ]District Region, Parliment & Sabah State Assemblymen.( Region Of Tenom, Assemblymen N.35 Melalap, N.36 Kemabong& Parliment P.181 Tenom.)Klik untuk melihat Kawasan Parlimen P 181 Tenom 




Sumber : http://jendelasabah.blogspot.com/2009/05/kenali-daerah-tenom.html

No comments:

Post a Comment