SK TILIS

SK TILIS
SK TILIS, WDT 34, 89909 TENOM SABAH

Friday, March 18, 2011

Lagu Sekolah

Tilis Sekolahku
Menjulang tinggi di angkasa
Gunung dan rimba mengelilingi
Tilis sekolah ku yang tercinta

Ilmu majukan bangsa
Cogan kata sekolah kami
Lahirkan insan berjiwa murni
Tilis sekolah ku yang tercinta

C/o

Marilah kawan ku
Bersama kita berusaha
Capai kejayaan
Ke arah hidup yang gemilang … 2X

Profail SK Tilis Tenom Sabah


GURU BESAR SK TILIS :  PALANIUS@FAIZAL  BIN MICHAEL 

                 Telah berkhidmat selama tiga tahun di SK.Tilis. Seorang yang berkomitmen tinggi dalam pentadbiran dan mampu membawa perubahan kepada sekolah. Beliau mempunyai misi dan visi sendiri untuk membawa Sk.Tilis ke arah kecemerlangan. Dibantu oleh sebelas orang guru dan dua  AKS yang juga mantap dan berkemampuan tinggi dalam pelbagai jurusan dan bidang dalam mencapai misi dan visi beliau.

PROFAIL GURU BESAR:

Nama: Palanius@Faizal   Bin Michael
Tarikh Lahir: 17.08.1970
Negeri Lahir: Sabah
Bangsa: Dusun
Agama: Islam
Jawatan: Guru Besar
Gred: DGA32
Alamat: Kg. Pantai Baru p/s 2861, 89008 Keningau Sabah.
Facebook: http://www.facebook.com/faizal.fadzil.98 
H/p: 0138804853

SEJARAH PERKHIDMATAN
SK TILIS TENOM                                  GURU BESAR                                        29/06/2007
SK SODOMON KENINGAU                 GURU AKADEMIK BIASA                 01/01/2002
SK PENGARAAN NABAWAN              GURU AKADEMIK BIASA                 01/01/1991
SK PENGARAAN NABAWAN              GURU SANDARAN TERLATIH         03/12/1990


SK Tilis sebuah sekolah pedalaman yang memberikan pendidikan kepada suku kaum Murut Tenom. Visi Sk Tilis ialah Pengiktirafan Sekolah cemerlang luar bandar Daerah Tenom pada tahun 2011. Untuk memberi pendidikan kepada Kaum Murut yang mendiami Pedalaman Negeri Sabah pada suatu ketika dahulu sememangnya suatu perkara yang sangat rumit. Ini disebabkan perhubungan ke tempat-tempat ini adalah amat sukar. Salah satu tempat yang dimaksudkan ialah Kg. Kabintaluan yang terletak di Ulu Sungai Tolokoson. Untuk sampai ke kampung ini memakan masa  selama 3 hari perjalanan  dengan berjalan kaki dari Kg. Kemabong. Laluan untuk sampai ke kampung ini perlu   merentasi hutan tebal, gunung-ganang, laluan berjurang dan air sungai yang mengalir deras. Di kampung inilah terdirinya SRK. Kabintaluan, pada awal tahun 60-an.

Oleh kerana,kerumitan yang dihadapi di tempat berkenaan dan inginkan kemajuan hidup, maka penduduk di tempat tersebut telah berpindah ke kawasan yang lebih berhampiran dengan jalan raya. Penghijrahan terakhir   penduduk Kg.Kabintaluan ialah di Ulu Sungai Tilis yang pada ketika itu masih lagi belum diterokai pada tahun 1978.
Oleh kerana kebanyakan penduduk Kg.Kabintaluan       berhijrah dan menetap di Kg.Tilis maka sekolahnya turut dipindahkan. Secara rasminya SK Tilis dimulakan pada 8Hb Febuari 1982.Pada awalnya hanya dua buah kelas yang dibuka iaitu Darjah Dua dan Darjah Tiga dengan murid seramai 36 orang dan dua orang guru iaitu Cikgu Sigoh Lunam dan Cikgu Ambalir Arat.


SENARAI NAMA GURU, KTBM DAN AHLI PIBG SK TILIS TENOM 2013

GURU

1.En.Faizal Fadzil(Guru Besar)
2.En.Zulfikar Yusof(PK 1)
3.Pn.Lanjuin Andawai(PK HEM)
4.En.Jeprin Ipung(PK KOKUM)
5.En.Dominic Sintoh (Guru Pemulihan)
6.En.Azizul Abu Bakar
8.Cik Verawati Wahid
9.Ustaz Mohd Fadhli Che Ghani
10.En.Hardi Juman (Guru PraSekolah) 

KTBM

1.Puan Florinsiah Lisa
2.Cik Mazlizah Mahmod

IBUBAPA
  1. En.Mansiang Sumakit(Pengerusi PIBG)                                              
  2. En.Ansayal Larap( Ketua Kampung)
  3. En.John Tampis
  4. En.Marius Muli
  5. En.Angkuras
  6. En.Paulus
  7. En.Ansalin
  8. En.Rum Taim
  9. En.Ansapul
  10. En.Ansapi
  11. Pn.Ejah
  12. En.Andasang
  13. En.Pelipus
  14. En.Samon
  15. En.Moros
  16. En.Angkupi
  17. En.Gaya
  18. En.Suril
  19. En.Sambiyang
  20. En.Kalan
  21. En.Andahang
  22. En.Angkaus
  23. En.Garisan
  24. Pn.Sara Muli
  25. En.Aping Sumakit
  26. Pn.Roos Taim




SK. Tilis pada tahun 2012 telah tersenarai antara sekolah rendah di daerah Tenom yang mendapat anugerah “New Deals” . Tahniah diucapkan kepada Guru Besar SK. Tilis dan seluruh warga pendidik yang bertungkus lumus tanpa jemu berusaha selama ini sehinggakan tersenarai sebagai penerima anugerah New Deals. Teruskan usaha demi anak didik kita.


SEBARANG MAKLUMAT DAN PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI

Alamat Sekolah               : SK.TILIS  W.D.T 34, 89909 TENOM SABAH
Alamat Email                  : xba1303@gmail.com atau sktilis@yahoo.com atau sktilis@gmail.com
Laman blog SK Tilis       : http://sktilis.wordpress.com/ ATAU http://sktilis.blogspot.com/
                                        : http://www.facebook.com/sktilis.tenomsabah?ref=ts&fref=ts
                                        : http://sktilis.webs.com/

Guru ICT                       : AZIZUL ABU BAKAR -zulppn@yahoo.com
Guru Data                      : JEPRIN IPUNG http://www.facebook.com/jefs.ipung