SK TILIS

SK TILIS
SK TILIS, WDT 34, 89909 TENOM SABAH

Sunday, May 26, 2013

SCHOOL





SEJARAH SK Tilis



1. Nama Sekolah : SEK KEB TILIS
                              WDT.34
                              89909 TENOM

2. Kod Sekolah : XBA 1303 (Tanah Milik PTP P16124999)

3. Gred : SKM ( B ) Pendalaman Satu (P1)


4. Sejarah Sekolah:

Untuk memberi pendidikan kepada Kaum Murut yang mendiami Pedalaman Negeri Sabah pada suatu ketika dahulu sememangnya suatu perkara yang sangat rumit.Ini disebabkan perhubungan ke tempat-tempat ini adalah amat sukar. Salah satu tempat yang dimaksudkan ialah Kampung Kabintaluan yang terletak di Ulu Sungai Tolokoson.Untuk sampai ke kampung ini memakan masa selama 3 hari perjalanan dengan berjalan kaki dari Kampung Kemabong.Laluan untuk sampai ke kampung ini perlu merentasi hutan tebal , gunung-ganang, laluan berjurang dan air sungai yang mengalir deras.Di kampung inilah terdirinya Sekolah Rendah Kerajaan Kabintaluan, pada awal tahun 60-an.

Oleh kerana,kerumitan dan yang dihadapi di tempat berkenaan dan inginkan kemajuan hidup, maka penduduk di tempat tersebut telah berpindah ke kawasan yang lebih berhampiran dengan jalan raya. Penghijrahan terakhir penduduk Kg.Kabintaluan ialah di Ulu Sungai Tilis yang pada ketika itu masih lagi belum diterokai pada tahun 1978.

Oleh kerana kebanyakan penduduk Kg.Kabintaluan berhijrah dan menetap di Kg.Tilis maka sekolahnya turut dipindahkan. Secara rasminya SK Tilis dimulakan pada 8Hb Febuari 1982.Pada awalnya hanya 2 buah kelas yang dibuka iaitu Darjah Dua dan Darjah Tiga dengan murid seramai 36 orang dan dua orang guru iaitu Cikgu Sigoh Lunam dan Cikgu Ambalir Arat.

SK.Tilis adalah sebuah sekolah yang terpencil. Untuk ke Pekan Tenom guru-guru terpaksa berjalan kaki sejauh 6KM ke jalan raya yang berhampiran di Kg.Kungkular.Segala keperluan sekolah terpaksa dipikul. Namun begitu dengan terbinanya jalan raya yang dibina oleh Syarikat pembalakan pada penghujung tahun 1987 sedikit sebanyak telah memudahkan perhubungan ke sekolah ini.

Pada awal pembukaannya SK.Tilis hanyalah menumpang di bangunan gereja dan Tawos (rumah besar) Kg.Tilis.Gurunya pula tinggal di rumah Gembala (Pemimpin Agama Kristian) dan sebuah rumah yang dibina oleh penduduk kampung secara bergotong-royong. Kesemua bangunan ini berdinding, berlantai dan beratapkan bambu kecuali bangunan gereja yang beratapkan zink.

Bangunan sekolah yang ada sekarang diduduki pada bulan Ogos 1985. Ianya terdiri dari sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah guru berkembar yang dibina daripada papan.

Pada awal penubuhan SK.Tils ditadbir oleh guru-guru biasa.Mereka dikenali sebagai Ketua Guru.Hanya pada tahun 1987 seorang Guru Besar yang telah sah ditugaskan untuk mentadbir sekolah ini iaitu Cikgu Juanis Patah.

Setelah 20 tahun berlalu SK.Tilis kini mempunyai tenaga pengajar seramai 11 orang dan 3 orang anggota kakitangan sokongan serta mempunyai prasarana 1 buah bangunan sekolah , 1 buah bangunan pra sekolah, 1 buah rumah berkembar yang diperbuat daripada kayu dan 1 buah rumah berkembar yang diperbuat daripada konkrit (2007)

5. Misi Sekolah:

MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU, BERDISIPLIN DAN SEIMBANG JASMANI , ROHANI, SOSIAL, EMOSI, INTELEK

6. Visi Sekolah

PENGIKTIRAFAN SEKOLAH CEMERLANG LUAR BANDAR DAERAH TENOM PADA TAHUN 2011

7. Maksud Logo dan Lencana Sekolah:

Huraian

Bentuk : Perisai
Melambangkan kekuatan dan semangat berani.

Warna : Kuning – Melambangkan kestiaan kepada Raja dan Negara.
Hijau – Melambangkan keharmonian, keindahan dan kesuburan
Biru – Melambangkan keamanan , ketenangan dan perpaduan
Putih – Melambangkan kemurnian dan keikhlasan

Buku : Melambangkan sumber ilmu

Komputer : Melambangkan sains dan teknologi yang perlu dikuasai

Lilin : Melambangkan cahaya kejayaan

Bentuk Gunung : Melambangkan persekitaran sekolah

Bentuk Tiga Bulatan : Melambangkan semangat kesukanan

Topi dan Sijil : Melambangkan ketinggian ilmu yang harus dicapai




https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/39932_116520541732758_7187436_n.jpg
SK Tilis Tenom Sabah, WDT 34, 89909 Tenom, Sabah.









Tilis Sekolahku
Menjulang tinggi di angkasa
Gunung dan rimba mengelilingi
Tilis sekolah ku yang tercinta

Ilmu majukan bangsa
Cogan kata sekolah kami
Lahirkan insan berjiwa murni
Tilis sekolah ku yang tercinta

C/o

Marilah kawan ku
Bersama kita berusaha
Capai kejayaan
Ke arah hidup yang gemilang … 2X

MY SPATA