1. Nama Sekolah : SEK KEB TILIS
WDT.34
89909 TENOM
2. Kod Sekolah : XBA 1303 (Tanah Milik PTP P16124999)
3. Gred : SKM ( B ) Pendalaman Satu
(P1)
4. Sejarah Sekolah:
Untuk memberi pendidikan kepada Kaum
Murut yang mendiami Pedalaman Negeri Sabah pada suatu ketika dahulu sememangnya
suatu perkara yang sangat rumit.Ini disebabkan perhubungan ke tempat-tempat ini
adalah amat sukar. Salah satu tempat yang dimaksudkan ialah Kampung Kabintaluan
yang terletak di Ulu Sungai Tolokoson.Untuk sampai ke kampung ini memakan masa
selama 3 hari perjalanan dengan berjalan kaki dari Kampung Kemabong.Laluan
untuk sampai ke kampung ini perlu merentasi hutan tebal , gunung-ganang, laluan
berjurang dan air sungai yang mengalir deras.Di kampung inilah terdirinya
Sekolah Rendah Kerajaan Kabintaluan, pada awal tahun 60-an.
Oleh kerana,kerumitan dan yang
dihadapi di tempat berkenaan dan inginkan kemajuan hidup, maka penduduk di
tempat tersebut telah berpindah ke kawasan yang lebih berhampiran dengan jalan
raya. Penghijrahan terakhir penduduk Kg.Kabintaluan ialah di Ulu Sungai Tilis
yang pada ketika itu masih lagi belum diterokai pada tahun 1978.
Oleh kerana kebanyakan penduduk
Kg.Kabintaluan berhijrah dan menetap di Kg.Tilis maka sekolahnya turut
dipindahkan. Secara rasminya SK Tilis dimulakan pada 8Hb Febuari 1982.Pada
awalnya hanya 2 buah kelas yang dibuka iaitu Darjah Dua dan Darjah Tiga dengan
murid seramai 36 orang dan dua orang guru iaitu Cikgu Sigoh Lunam dan Cikgu
Ambalir Arat.
SK.Tilis adalah sebuah sekolah yang
terpencil. Untuk ke Pekan Tenom guru-guru terpaksa berjalan kaki sejauh 6KM ke
jalan raya yang berhampiran di Kg.Kungkular.Segala keperluan sekolah terpaksa
dipikul. Namun begitu dengan terbinanya jalan raya yang dibina oleh Syarikat
pembalakan pada penghujung tahun 1987 sedikit sebanyak telah memudahkan
perhubungan ke sekolah ini.
Pada awal pembukaannya SK.Tilis
hanyalah menumpang di bangunan gereja dan Tawos (rumah besar) Kg.Tilis.Gurunya
pula tinggal di rumah Gembala (Pemimpin Agama Kristian) dan sebuah rumah yang
dibina oleh penduduk kampung secara bergotong-royong. Kesemua bangunan ini
berdinding, berlantai dan beratapkan bambu kecuali bangunan gereja yang
beratapkan zink.
Bangunan sekolah yang ada sekarang
diduduki pada bulan Ogos 1985. Ianya terdiri dari sebuah bangunan sekolah dan
sebuah rumah guru berkembar yang dibina daripada papan.
Pada awal penubuhan SK.Tils ditadbir
oleh guru-guru biasa.Mereka dikenali sebagai Ketua Guru.Hanya pada tahun 1987
seorang Guru Besar yang telah sah ditugaskan untuk mentadbir sekolah ini iaitu
Cikgu Juanis Patah.
Setelah 20 tahun berlalu SK.Tilis
kini mempunyai tenaga pengajar seramai 11 orang dan 3 orang anggota kakitangan
sokongan serta mempunyai prasarana 1 buah bangunan sekolah , 1 buah bangunan
pra sekolah, 1 buah rumah berkembar yang diperbuat daripada kayu dan 1 buah
rumah berkembar yang diperbuat daripada konkrit (2007)
5. Misi Sekolah:
MELAHIRKAN INSAN YANG BERILMU,
BERDISIPLIN DAN SEIMBANG JASMANI , ROHANI, SOSIAL, EMOSI, INTELEK
6. Visi Sekolah
PENGIKTIRAFAN SEKOLAH CEMERLANG LUAR
BANDAR DAERAH TENOM PADA TAHUN 2011
7. Maksud Logo dan Lencana Sekolah:
Huraian
Bentuk : Perisai
Melambangkan kekuatan dan semangat
berani.
Warna : Kuning – Melambangkan
kestiaan kepada Raja dan Negara.
Hijau – Melambangkan keharmonian,
keindahan dan kesuburan
Biru – Melambangkan keamanan ,
ketenangan dan perpaduan
Putih – Melambangkan kemurnian dan
keikhlasan
Buku : Melambangkan sumber ilmu
Komputer : Melambangkan sains dan
teknologi yang perlu dikuasai
Lilin : Melambangkan cahaya kejayaan
Bentuk Gunung : Melambangkan
persekitaran sekolah
Bentuk Tiga Bulatan : Melambangkan
semangat kesukanan
Topi dan Sijil : Melambangkan
ketinggian ilmu yang harus dicapai
SK Tilis Tenom Sabah, WDT 34, 89909
Tenom, Sabah.
Menjulang tinggi di angkasa
Gunung dan rimba mengelilingi
Tilis sekolah ku yang tercinta
Ilmu majukan bangsa
Cogan kata sekolah kami
Lahirkan insan berjiwa murni
Tilis sekolah ku yang tercinta
C/o
Marilah kawan ku
Bersama kita berusaha
Capai kejayaan
Ke arah hidup yang gemilang … 2X
No comments:
Post a Comment