SK TILIS

SK TILIS
SK TILIS, WDT 34, 89909 TENOM SABAH

Sunday, November 24, 2013

About Tenom



Sejarah pekan Tenom pada tahun 1950an hanya mempunyai 8 blok kedai yang diperbuat daripada papan dan beratapkan daun rumbia sahaja. Pada tahun 1960an pekan Tenom mula berkembang dimana bilangan kedai telah bertambah kepada 9 buah dengan beratapkan zink. Pada tahun 1970an sebuah blok kedai telah dirobohkan dan digantikan dengan sebuah blok kedai yang diperbuatkan daripada batu-bata dan sebuah panggung wayang telah didirikan. Pada tahun 1980an tidak banyak perubahan berlaku tetapi pada tahun 1990an perubahan yang ketara dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan blok kedai kepada 20 buah. Pada tahun 2000an pekan Tenom terus berkembang dengan pertambahan blok kedai daripada 20 kepada 24 blok, 2 buah bangunan pasar dan 2 buah pasaraya. 

Gambar Pekan Tenom Sekarang

Daerah Tenom telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1900an. Pegawai Dearah yang pertama bernama bernama M.C.M. Weedon. Pembukaaan Daerah Tenom oleh pihak Inggeris bermula dengan pembukaan Sapong Estate dan Melalap Estate. Namun demikian, mengikut kajian Arkeologi yang dibuat oleh T.R William (1962). Dr. Neville (1963) A.H Dumbelton dan F. Wassey (1984) serta Ian Crawton (1980), ke atas beberapa tempat di Tenom seperti Batu Penotal (Penotal Gorge) dan bukit bukau di Banjaran Kroker (Crocker Range) terbukti kawasan ini telah diduduki sejak pra sejarah lagi. Di kawasan ini dijumpai 'Batu Penukul' beliung, batu yang digunakan oleh orang orang Murut untuk memburu dan membuat pakaian. Pada mulanya nama Daerah Tenom adalah Port Birch, iaitu sempena nama Gabenor E.W Brich (1901-1904) . Bagaimanapun nama Tenom telah ujud pada tahun 1904 berikutan dengan siapnya pembinaan jalan keretapi dari Beaufort ke Tenom dan Melalap.  



Sumber: http://www.sabah.gov.my/md.tnm/sejarah_daerah_tenom.asp

No comments:

Post a Comment