Taman Pertanian Sabah merupakan salah satu tempat yang
menarik dan mempunyai pelbagai spesies tanaman. Ia terletak di Lagud
Sebrang kira-kira 10 km daripada Bandar Tenom. Dengan berlatar belakangkan
Banjaran Kroker (banjaran terpanjang di Malaysia), wujud pemandangan yang
indah di taman ini. Tempat ini juga menyediakan persekitaran yang ideal
untuk aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar dan membuatkan tempat ini
sesuai sebagai salah satu tempat percutian.
Taman Pertanian Sabah ini juga mengandungi pelbagai
tempat:
Para pengunjung juga berpeluang untuk menerokai sendiri
tempat-tempat di Taman Pertanian Sabah serta melihat pelbagai spesies
tumbuhan, serangga dan burung liar yang amat menarik dan mempersonakan.
Pengangkutan
Dengan menaiki kereta persendirian dari Kota Kinabalu
sejauh kira-kira 200 km (3 jam perjalanan).
Dengan keretapi dari Kota Kinabalu ke Beaufort dan
seterusnya meneruskan perjalanan dari Keningau – Tambunan dengan kereta.
Dengan menaiki bas atau teksi di Padang Merdeka / Kota
Kinabalu / Tenom jangkamasa bertolak antara jam 6.00 pagi hingga 5.00 petang.
Jika para pengunjung memilih untuk menaiki bas atau
kereta api, mereka perlu menukar bas di bandar Tenom iaitu 15 km dari Taman
Pertanian Sabah.
Kos
BUTIR-BUTIR
|
DEWASA
(RM)
|
Pelajar
|
KANAK-KANAK
(6 TAHUN KE BAWAH)
(RM)
|
Pelancong Tempatan
|
10.00
|
Separuh Harga
|
Percuma
|
Pelancong Asing
|
25.00
|
|
Percuma
|
Sebarang maklumat atau pertanyaan tentang Taman
Pertanian Sabah,
sila hubungi:
Park Manager
Taman Pertanian Sabah
WDT, 28
89909 TENOM,
SABAH, MALAYSIA.
Tel : 6087-737952 / 737558
Fax : 6087 – 737571
E-mail : agripark@sabah.net.my
Sumber:http://www.sabah.gov.my/ppnskl/tempat_menarik_sabah/taman_pertanian_tenom.html
No comments:
Post a Comment