Antanom Anak Rimba Berjiwa Besar
Oleh: Datuk R.M. Jasni
Sempena
dengan hari pelancaran Tugu Peringatan Pahlawan Antanom, eloklah kita mengenalinya
dengan lebih dekat lagi keperibadian dan perwatakan anak rimba yang berjiwa
besar ini.
Sebagaimana
yang tercatat dalam sejarah mengenai perjuangan Antanom menggerakkan pemberontakan
Rundum menentang penjajah pada tahun 1915 yang ditulis oleh sejarawan Barat
itu; ada fakta yang perlu dibetulkan dari segi nama sebenarnya yang memimpin
pemberontakan itu.
Menurut
tradisi orang-orang Inggeris, mereka lazimnya menyebut nama keluarga daripada
nama peribadi. Orang yang memimpin pemberontakan Rundum itu ialah anaknya
bernama Ontoros dan bukan Antanom bapanya. Disinilah berlakunya kekeliruan
fakta. Bagaimanapun, oleh kerana nama Antanom sudah terkenal dan tercatat
dalam sejarah tanahair, buku yang akan terbit mengenai pemberontakan itu
mengekalkan nama Antanom itu sebagai Ontoros.
Antanom
atau Ontoros dilahirkan di kawasan " Masinpunon " sungai Salarom pada tahun
1885 dan berumur dalam lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan.
Antanom
adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut
adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya
dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak
dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah " Pengayau ".
Didikan
yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata.
Jiwanya dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat
sedia berkorban telah disemai dalam hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi
keluarga dan kaumnya.
Orang
pengecut tidak ada tempat dalam dunia rimba. Didalam keadaan persekitarannya
bergolak oleh permusuhan kaum yang berpunca dari hutang darah, Antanom/Ontoros
tidak ada pilihan, selain daripada berwatak keras dan berani. Jika pun
dia menjadi jahat dari kacamata Inggeris, kerana tidak tunduk kepada kuasa
mereka, bukanlah kerana Tuhan membentuknya menjadi orang ganas, tetapi
suasana persekityarannya yang memaksa Antanom/Ontoros bertindak demikian.
Perwatakan
Antanom/Ontoros yang berbadan tegap berambut panjang itu, bila lengkap
berpakaian tradisi, bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip
dipinggang, dia kelihatan gagah dan mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang
dalam menghadapi bahaya. Bila dia telah memutuskan sesuatu, dia akan kotakan
kata-katanya dan bertindak dengan penuh keazaman.Sumber: http://www.sabah.gov.my/pd.tnm/tnmdoc/lagenda.html
No comments:
Post a Comment