Sejarah / Asal - Usul Daerah
- Published on Thursday, 26 January 2012 00:47
- Written by Super User
Sejarah
Terdapat dua versi yang agak popular mengenai asal-usul nama KEMABONG.Pertama, mengikut cerita lisan, terdapat sebuah anak sungai kecil yang terleteak di kawasan persekitaran Pekan Kemabong yang mengailir terus ke Sungai Padas. Penduduk kawasan persekitaran mendapati air sungai tersebut naik seperti air pasang walaupun tiada hujan turun. Peristiwa kenaikan paras air sungai tersebut menimbulkan kehairanan dan tanda tanya dikalangan penduduk tersebut. Menurut kepercayaan mereka, berkemungkinan didalam sungai tersebut terdapat makhluk atau binatang iaitu seekor ular besar atau naga yang sedang bertapa di dasar sungai tersebut sehingga menyebabkan paras air sunga tersebut naik.
Dalam bahasa suku kaum Murut, air pasang atau naik disebut sebgai KUMABONG. Dikaitkan dengan paras air sungai yang naik atau "kumabong", maka kawasan ini dinamakan sebagai KUMABONG atau yang lebih dikenali sekarang sebagai KEMABONG.
Versi kedua pula KUMABONG menurut cerita dari keturunan peniaga Tiong Hwa yang datang ke Kemabong pada tahun 1918, nama Kemabong diambil dari nama sebuah anak sungai kecil yang bermuara di Sungai Padas. Sungai itu sangat ditakuti kerana jika terminum air atau terlangkah sungai itu perut akan menjadi kembong dan kaki akan membengkak.
Di dalam bahasa Murut. KEMBONG atau BENGKAK disebut KUMABUNG. Dari perkataan KUMABONG inilah yang akhirnya pada hari ini disebut sebagai KEMABONG.
Sungai Kemabung yang dirujuk didalam cerita di atas masih wujud sehingga kini, tetapi ianya tidak lagi menyimpan misteri atau kuasa untuk mendatangkan kecelakaan.
Mukim dan Kampung
Mukim- Sapong - 39 kampung
- Kemabong - 37 kampung
- Rundum - 13 kampung
- Tomani - 42 kampung
- Entabuan - 15 kampung
SUMBER: http://www.sabah.gov.my/pd.kmb/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=7&Itemid=112
No comments:
Post a Comment