(SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU)
Nama Sabah telah
digunakan sejak sebelum kedatangan Bristish ke Pulau Borneo lagi. Pihak
British menukarkannya sebagai Borneo Utara dan digunakan secara rasmi
semenjak tahun 1881. Sabah telah digunakan semula pada tahun 1963
setelah Sabah masuk ke dalam Malaysia. Terdapat banyak variasi bagaimana
nama Sabah diperolehi. Sabah pernah dikenali sebagai ‘Sudang’ yang
pernah tercatat dalam puisi Java Nagaraketagama yang ditulis oleh
Prapancha pada tahun 1365. Nama Sabah pertama kali digunakan pada abad
ke-15 oleh pedagang yang mengembara di antara Pulau Sulu dan Brunei.
Dipercayai juga nama Sabah diperolehi daripada tanaman pisang yang
dipanggil ‘Pisang Saba’. Pada masa sekarang ‘Pisang Saba’ dikenali
sebagai ‘Pisang Menurun’. Jenis pisang ini biasa tumbuh di sepanjang
pantai barat Sabah. Dialek orang tempatan yang menyebut ‘saba’ seperti
menyebut ‘Sabah’ telah menyebabkan nama Sabah diperolehi. Ibu negeri
Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat
Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai
Jesselton.
Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah,
Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan
Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini
sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sri
Vijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa. Bagaimanapun, pada
awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah
menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan
Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei
oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan
Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih
kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah,
kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke
Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo. Kecuali dari
Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak
meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan
ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis
kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.
Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja
menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu
sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik
ketua babas.Sabah telah ditakhluki oleh Kesultanan Brunei pada abad
ke-17. Bagaimanapun, apabila Brunei dilanda perebutan kuasa dari tahun
1662. Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada
Sultan Sulu, akibatnya Sabah diperintah oleh dua kuasa, Kesultanan
Brunei dan Kesultanan Sulu.
Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni
sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah
menjelang akhir abad ke-15 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan
juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei dan
Kesultanan Sulu. Pihak Kesultanan Sulu lah yang telah bertanggungjawab
mengislamkan orang-orang Idaan pada sekitar abad ke-17 atau ke-18.
Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya untuk tujuan
perdagangan.
Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat
perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah
Brunei ( Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di
kawasanKinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di
Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan
perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina
dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.
Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.
Pentadbiran Sabah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Bahagian Pantai
Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Pedalaman dan
Bahagian Kudat.
:::Jihadist:::
(SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU) Nama Sabah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Bristish ke Pulau Borneo lagi. Pihak British menukarkannya sebagai Borneo Utara dan digunakan secara rasmi semenjak tahun 1881. Sabah telah digunakan semula pada tahun 1963 setelah Sabah masuk ke dalam Malaysia. Terdapat banyak variasi bagaimana nama Sabah diperolehi. Sabah pernah dikenali sebagai ‘Sudang’ yang pernah tercatat dalam puisi Java Nagaraketagama yang ditulis oleh Prapancha pada tahun 1365. Nama Sabah pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh pedagang yang mengembara di antara Pulau Sulu dan Brunei. Dipercayai juga nama Sabah diperolehi daripada tanaman pisang yang dipanggil ‘Pisang Saba’. Pada masa sekarang ‘Pisang Saba’ dikenali sebagai ‘Pisang Menurun’. Jenis pisang ini biasa tumbuh di sepanjang pantai barat Sabah. Dialek orang tempatan yang menyebut ‘saba’ seperti menyebut ‘Sabah’ telah menyebabkan nama Sabah diperolehi. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang terletak di Residensi Pantai Barat Sabah. Semasa zaman penjajahan British, Kota Kinabalu dikenali sebagai Jesselton.
Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Sri Vijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa. Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo. Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.
Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik
ketua babas.Sabah telah ditakhluki oleh Kesultanan Brunei pada abad ke-17. Bagaimanapun, apabila Brunei dilanda perebutan kuasa dari tahun 1662. Sultan Muyiddin menyerahkan kawasan timur laut Brunei kepada Sultan Sulu, akibatnya Sabah diperintah oleh dua kuasa, Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.
Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-15 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu. Pihak Kesultanan Sulu lah yang telah bertanggungjawab mengislamkan orang-orang Idaan pada sekitar abad ke-17 atau ke-18. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya untuk tujuan perdagangan.
Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei ( Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasanKinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.
Sabah merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Pentadbiran Sabah dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Bahagian Pantai Barat, Bahagian Sandakan, Bahagian Tawau, Bahagian Pedalaman dan Bahagian Kudat.
No comments:
Post a Comment