SK TILIS

SK TILIS
SK TILIS, WDT 34, 89909 TENOM SABAH

Sunday, November 24, 2013

SEJARAH KERETAPI SABAH TENOM

SEJARAH KERETAPI SABAH / TENOM
( Sejarah Ringkas )

  PENGENALAN
Jabatan Keretapi Negeri Sabah adalah sebuah Jabatan Kerajaan yang beroperasi di bawah kawalan terus dari Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan ibu pejabatnya terletak dijalan Kepayan, Ranjung Aru.
Landasan keretapi yang bermula dariTanjung Aru menuju ke arah selatan melalui tanah datar ke Beaufort sejauh 85km. Dari Beaufort landasan keretapi akan menuju Tenom sejauh 49km, dengan mendaki bukit-bukau sehingga kira-kira 170.6m dari paras laut dan melalui pemandangan yang menarik di sepanjang sungai Padas.
Jabatan Keretapi ini yang hanya mempunyai landasan sejauh 134km telah memberi khidmat dibahagian Pantai Barat dan Pedalaman selama lebih kurang 104 tahun.
SEJARAH
Pembinaan landasan keretapi telah bermula dalam tahun 1896 di Bukau dan menuju serentak ke Beaufort dan Weston. Pembinaannya siap dalam tahun 1900. Landasan sejauh 32km yang terpisah dari Beaufort oleh sungai Padas ini adalah dari jenis 13.6 kg (30lbs).
Penggunaannya telah dihentikan dalam tahun 1963, apabila jalanraya siap dibina. Landasan dari Beaufort kemudiannya diteruskan ke Tenom dan Kota Kinabalu. Pembinaan siap dalam tahun 1905.
Dalam jangka masa terdekat, landasan sepanjang 16km telah dibina dari Tenom ke Melalap dan siap dalam tahun 1906. Landasan ini kemudiannya dihentikan penggunaannya dalam tahun 1970 dan telah dilupuskan dalam tahun 1972. Landasan sepanjang 6km dari Tanjung Aru ke Kota Kinabalu juga telah dihentikan penggunaannya apabila projek Hydro Tenom/Pangie telah siap dibina. Pada keseluruhannya ia meliputi landasan sepanjang 185km yang terdiri dari jenis 37.2kg (60lb). Pada masa ini landasan keretapi hanya sejauh 134km sahaja.
Penggunaan sistem diesel telah dilaksanakan sepenuhnya dalam tahun 1971. Ia digunakan bagi keperluan perkhidmatan penumpang.
'Trainsets' pula dibuat oleh Wickhan, England. Sementera locomotif dan 'Shunters' pula adalah buatan Jepun.
Gerabak barang-barang juga adalah buatan luar negara. Sebagai tambahannya, beberapa gerabak-gerabak penumpang adalah dipasang di bengkel tempatan manakala bingkainya adalah diimpot dari luar negeri.


 Sumber:http://www.sabah.gov.my/pd.tnm/tnmdoc/keretapi.html

No comments:

Post a Comment