Kitar Semula
SUMBER:http://www.ppsppa.gov.my/index.php/3r/recycle-kitar-semula
DEFINISI
Menurut
Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672)
kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi
maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan
diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah
bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang
bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar,
kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan
kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan
untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
MENGAPA PERLU KITAR SEMULA
Kitar
semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan
kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula
adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak
dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh
kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
- Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
- Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
- Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
- Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.
KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.
- Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
- Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
- Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.
KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA
Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.
-
Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
-
Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
-
Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.
CARA – CARA UNTUK KITAR SEMULA
Sekiranya
anda tahu bagaimana untuk mengitar semula, ianya akan menjadi lebih
mudah dan senang. Langkah awal kitar semula yang efisien adalah dengan
mengetahui jenis barang yang dibeli dan cara untuk mengitarnya semula.
Kitar semula mengikut jenis barang
Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.
Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.
Tong kitar semula dan pusat pengumpulan
Kenalpasti
lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan
kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.
No comments:
Post a Comment